Anak-anak saya masih kecil dan ke mana saja kami pergi, mereka akan bersama. Hari ini terasa terhibur kerana dapat menunggang Luge ini (di Sentosa) bersama-sama. Sudah hampir 18 tahun saya berumahtangga dan tiada yang lebih indah daripada masa yang diluangkan untuk keluarga. Selamat berhujung minggu semua!
Yomi - rakaman sudah bermula
Teruja rasanya menerbitkan siri drama kerana drama terakhir syarikat ScreenBox adalah beberapa tahun dulu. Kami lebih banyak menerbitkan rancangan informasi dan dokumentari.
Apatah lagi kami dapat memilih Sanif Olek untuk mengarah drama ini. Saya rasa tidak sabar menantikan kesudahan rakaman YOMI.
Idea drama Yomi ini dihasilkan bersama kakitangan ScreenBox.
Dapatkan informasi lanjut tidak lama lagi. Yomi akan keudara di saluran okto Januari 2015.
Oktocup Musim Kedua akan kembali
Tahun lalu siri oktocup menarik 480 pasukan untuk bertanding. Tahun ini rancangan yang merakamkan pertandingan futsal ini telah pun menarik 600 pasukan bila pendaftaran berakhir semalam di tampines mall.
Malah, pendaftaran terpaksa ditutup sekitar tengahari kerana jumlah yang boleh bertanding sudah pun tercapai. Ada yang terpaksa berada dalam senarai menunggu.
Jangan lupa bersama Suhaimi Yusof dan Aiken Chia dalam oktocup 2 pada bulan Disember 2014 nanti. (saya dengar ada hos ketiga yang akan diperkenalkan!)
Life of an entrepreneur who is doing sales for his company
1. For every 10 rejections, there's always one that hurts him most. That's the one he learns most from.
2. For every 10 successful pitches, there's always one that is least celebrated. That's the one he wished he had shown more gratitude.
Gratitude is a true sales' multiplier.
Have a great working week everyone!
Army memberi saya disiplin, tekad dan sahabat.
Asas Kepimpinan #1
Seberapa boleh, jangan menyuruh tenaga kerja melaksanakan tugas yang kita sendiri belum pernah melakukannya.
Kerana tunjuk-ajar yang lebih berkesan adalah dari seorang yang sudah mengharungi tugasan itu. Kita juga lebih memahami batas dan cabaran tugas yang akan dilalui rakan kerja kita itu.
Pimpin menerusi pengalaman, bukan arahan semata-mata.
Saya tabik semua usahawan di luar sana!
Pertemuan yang nostalgik
Di sebalik makna perkataan U.S.A.H.A.
Rambut Putih
Bila saya keluar berjalan-jalan bersama keluarga, ramai yang menegur saya dan bertanya kenapa rambut saya ni kian putih.
Saya selalu tersenyum dengan soalan ini kerana sudah sering sangat menerima teguran sebegini. Hah jangan takut, saya tak marah dengan soalan semacam ini. Malah, ia perlu dijawab.
Jadi inilah jawapan saya ya kepada soalan cepu emas ini
Rambut putih ni sering mengingatkan
Rambut putih ni sering mensucikan
Rambut putih ni tidak perlu diwarnakan, betul?
Lebih-lebih lagi dengan warna yang keluar dari botol
Ia asli, jarang tersimpul
Sebenarnya rambut putih ada membantu dalam perniagaan
Kerana ramai pelanggan melihatnya sebagai pengalaman
Saya suka rambut putih yang dianugerahkan
Kerana ia bagaikan teguran bahawa masa kian tiba untuk perubahan
Semoga anda juga meraikan proses kematangan ini yang tidak boleh dielakkan :)
Jangan Gusar
Jika anda menjalankan tugas dan amanah tetapi tidak diketahui dan dihargai boss anda, jangan khuatir dan gusar, ketahuilah ada BOSS Besar atas segala boss yang sedang memerhatikan.
Senyumlah kerana anda dipandang dan sedang berada di dalam proses menerima GanjaranNya. In Shaa Allah.
Jangan Marah
Marahlah kerana sayang
Jangan marah tangan melayang
Marahlah dengan suara tenang
Agar semuanya duduk berbincang
Ok boleh kalau nak marah
Mata saja jangan memerah
Semoga marah kita tidak menjadi sel barah
Susah nanti bila menetap di dalam darah
Ayuh sama-sama kita cari rezeki barakah
Jangan marah-marah :)
Kejayaan diberi berperingkat-peringkat
Kenangan lewat 80an
Kejayaan tidak ada kena mengena dengan wang.
Latihan video kami dibukukan
Orang lain tak boleh buatkan.
Sendiri punya otot ketat
Sendiri punya masa padat
Sendiri mesti mau buat :)
Jangan bergurau dengan wartawan yang serius...
Memang sukar mendapatkan suasana yang sesuai untuk membuat laporan TV. Tempat mesti tidak terlalu bising, lokasi harus mengena dengan jalan cerita dan semua keterbatasan teknikal harus dapat diatasi. Janganlah pula ada tetamu yang tidak diundang... tak balik modal betul yang kena tangan wartawan tu ya?
:)
Nasib pemain saxaphone di Italy
Saya merakamkan pemain saxaphone di suatu tempat yang sangat sibuk di Florence (Italy). Persembahannya cukup professional. Lagu tiupannya sangat sedih... mungkin sama sedih dengan nasibnya.
Atau mungkin nasibnya lebih baik daripada kita. Allah saja yang tahu.
Cara membersihkan & menggandakan harta untuk jalan Allah
Ada berbagai cara kita boleh lakukan untuk menggandakan harta. Kebanyakan akan menyarankan pelaburan. Tetapi video ini memberi sudut yang menarik lagi diberkahi.