Kenangan lewat 80an

Inilah antara gambar-gambar semasa konsert Majalah Remaja diadakan di studio 'A' Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC).

Bersama saya adalah pengacara-pengacara rancangan radio itu seperti Suhaimi Yusof, Siti Rahimah Buang & Rabaah Seman. Konsert itu juga menampilkan artis-artis seperti Maizurah Hamzah, Shahrin Azhar & dan Nizam.

Inilah antara sesi bersama pendengar yang sering pihak radio adakan untuk mendekatkan pengacara-pengacara dengan peminat-peminat rancangan ini.

Rancangan radio ini yang diterbitkan Puan Zakiah Halim (selaku penerbit) dan ia merupakan rancangan radio remaja yang terlama ke udara di corong radio pada masa itu. 5 tahun lamanya!

Rancangan ini mempunyai peminat sehingga ke Perak, Malaysia. Bayangkan, kita tidak ada media sosial pada waktu itu tetapi radio tetap boleh menawan peminat hingga ke utara Malaysia.