Kejayaan datang berperingkat-peringkat
Boleh kejar tak usah memijak dan memanjat
Tak perlu berpangkat bertingkat-tingkat
Semua aturanNya penuh alamat
Kejayaan orang jangan kita nak sekat
Projek orang jangan pula kita nak sebat
Kalau nak komen pun biarlah bertempat
Takut hasad tertanam sukar terubat
Hanya Al Quran penawar penuh Kalimat
Sudah tertera semua kejadian berperingkat
Semuanya teratur mengikut sukat
Ambil ikhtibar dari apa yang dilihat
Jangan gopoh kejarkan pingat
Orang sibuk nak nama kita ikut subahat
Tapi belum faham makna muafakat
Gunakan waktu selagi sempat
Bantu saudara yang sedang berhajat
Bila kerja jangan suka mengumpat lagi mengangkat
Macam mana nak naik gaji kalau selalu lambat
Datang awal bila ke pejabat
Baru boss terpikat ada nilai sejagat
Pantas bekerja, semua tugasan terbuat
Minta tanggungjawab baru gaji berlipat
Tempat kerja sebenarnya tapak ibadat
Boss juga boleh berjaya tanpa tangkal azimat
Jangan guna kata-kata kesat semasa mesyuarat
Bayar gaji pekerja dulu sebelum kering keringat
Syukur dulu baru datang nikmat
Selepas nikmat Syukur dipertingkat
Jadikan solat teman yang rapat
Diikat ketat-ketat agar tidak tergugat
Kejayaan diberi berperingkat-peringkat
Kalau tak dapat, masanya belum tepat
Gagal juga satu peringkat
Banyakkan selawat, usaha padat, In Shaa Allah pasti dapat