Pada bulan Ogos 2014, kami diberi peluang Pusat Bahasa Melayu Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura, untuk menganjurkan bengkel Penerbitan Video Sebagai Bahan Stimulus bagi Pengajaran dan Penilaian. Saya gembira saranan kami untuk melatih guru-guru Melayu dalam bengkel penerbitan ini diterima pihak Pusat Bahasa Melayu Singapura. Gembira kerana, pertama, sememangnya sudah lama saya ingin mengongsi kemahiran ini kepada para guru dan kedua, kerana Pusat Bahasa Melayu Singapura mencetak sebuah manual (buku) yang mengandungi inti latihan yang saya anjurkan. Inilah kali pertama susunan latihan penerbitan video kami dicetak - sangat teruja!
Di bawah galeri foto sesi 4 hari latihan bersama guru-guru Melayu di Pusat Bahasa Melayu Singapura.