Pertemuan yang nostalgik

Hari ini kami menemuramah Ismail Gafoor, CEO Propnex, untuk rancangan Bongkar (Siri 3) yang akan datang. Saya rasa sangat gembira dapat bertemunya sekali lagi kerana beliau telah banyak menyokong saya semasa saya baru-baru menubuhkan syarikat ScreenBox. Waktu itu beliau menubuhkan syarikat hartanah Nooris (bersama Isterinya Noor).

Ismail memiliki hartanah sendiri pada usia 22 tahun dan berupaya menjadi jutawan dalam usia 28 tahun! Secebis cerita beliau ada tercungkil dalam buku saya. Dan saya juga pernah memaparkan cerita beliau dalam dokumentari The Million-Makers yang dikeudarakan di saluran Channel News Asia beberapa tahun dulu. 

Bayangkan kami sudah tidak bertemu hampir beberapa tahun lamanya jadi agak teruja dapat bertemu Ismail sekali lagi. Dan hari ini tidak terkecuali, banyak yang saya pelajari darinya walaupun sesi pertemuan kami pendek. 

Beliau juga ada memberi setiap anggota pasukan kami bukunya yang berjudul The Timeless Gift. Sebuah buku panduan mencari kehidupan yang bermakna.

Nantikan temubualnya di Suria pada bulan December 2014.