Saya tabik semua usahawan di luar sana!

Jika ada yang mengatakan membina dan menguruskan perniagaan itu mudah dan boleh menjadi cepat kaya, janganlah cepat percaya.

Memang benar peluang rezeki para usahawan lebih luas tetapi bidang niaga ini juga sangat mencabar dan memerlukan beberapa ciri dalam diri kita.

Antara yang kita perlu ada:

1. Perut yang kuat supaya bertahan walau berbulan-bulan tidak bergaji.
2. Niat yang lurus supaya tidak mencuba perkara yang tidak dibenarkan walau dalam keadaan sesak.
3. Hati yang tenang supaya tidak goyang berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.
4. Sokongan keluarga yang jitu supaya mudah mengemudi bahtera keluarga & syarikat. 
5. Daya tahan yang sangat kukuh untuk menahan penolakan dari pelanggan sebelum saranan itu diterima
6. Wajah yang tidak segan untuk keluar membuat sales sentiasa 
7. Istiqomah

Dan oleh kerana niaga akan naik turun, semua yang di atas itu harus dilalui beberapa kali.

Saya ucapkan syabas kepada semua yang sudi melalui detik-detik mencabar ini dan sentiasa mengharapkan yang terbaik walau dalam apa situasi sekali pun.