Saya dihantar ke SMBT Ngee Soon Camp semasa Perkhidmatan Negara. Saya syukur perjalanan saya semasa NS sangat mencabar dan membuka mata saya kepada disiplin yang diperlukan seorang askar (sekaligus seorang lelaki).
Memang sukar (dari segi fisikal dan mental) bila kita dicampakkan ke dalam situasi di mana kita tidak biasa keluar masuk hutan, bersenam sehingga 4 atau 5 kali sehari dan harus meminta izin untuk melakukan apa-apa. Tetapi, secara tidak disedari, ia telah membangunkan semangat dan kebiasaan dalam diri saya untuk mengikut jadual dan perintah pemimpin. Ini sangat penting. Kerana bila kita seorang remaja, kita mungkin tidak sedar tanggungjawab sebenar kita dan jarang kita memikirkan kesan kepada tingkah laku kita, baik di rumah ataupun di sekolah. Bila kita didedahkan pengalaman NS, kita akan hargai masa terluang dan kebebasan yang kita ada selama ini.
Jadi jika anda, atau anak anda, sedang atau akan menjalani NS, bergembiralah. Kerana anda (atau anak anda) akan dapat mewarisi sifat disiplin dan ketekunan yang akan menjadi sebati dengan naluri anda.... serta rakan-rakan yang sukar dilupakan.