Bila saya keluar berjalan-jalan bersama keluarga, ramai yang menegur saya dan bertanya kenapa rambut saya ni kian putih.
Saya selalu tersenyum dengan soalan ini kerana sudah sering sangat menerima teguran sebegini. Hah jangan takut, saya tak marah dengan soalan semacam ini. Malah, ia perlu dijawab.
Jadi inilah jawapan saya ya kepada soalan cepu emas ini
Rambut putih ni sering mengingatkan
Rambut putih ni sering mensucikan
Rambut putih ni tidak perlu diwarnakan, betul?
Lebih-lebih lagi dengan warna yang keluar dari botol
Ia asli, jarang tersimpul
Sebenarnya rambut putih ada membantu dalam perniagaan
Kerana ramai pelanggan melihatnya sebagai pengalaman
Saya suka rambut putih yang dianugerahkan
Kerana ia bagaikan teguran bahawa masa kian tiba untuk perubahan
Semoga anda juga meraikan proses kematangan ini yang tidak boleh dielakkan :)