okto

Yomi - rakaman sudah bermula

Teruja rasanya menerbitkan siri drama kerana drama terakhir syarikat ScreenBox adalah beberapa tahun dulu. Kami lebih banyak menerbitkan rancangan informasi dan dokumentari. 

Apatah lagi kami dapat memilih Sanif Olek untuk mengarah drama ini. Saya rasa tidak sabar menantikan kesudahan rakaman YOMI.  

Idea drama Yomi ini dihasilkan bersama kakitangan ScreenBox. 

Dapatkan informasi lanjut tidak lama lagi. Yomi akan keudara di saluran okto Januari 2015.  

Oktocup Musim Kedua akan kembali

Tahun lalu siri oktocup menarik 480 pasukan untuk bertanding. Tahun ini rancangan yang merakamkan pertandingan futsal ini telah pun menarik 600 pasukan bila pendaftaran berakhir semalam di tampines mall. 

Malah, pendaftaran terpaksa ditutup sekitar tengahari kerana jumlah yang boleh bertanding sudah pun tercapai. Ada yang terpaksa berada dalam senarai menunggu.  

Jangan lupa bersama Suhaimi Yusof dan Aiken Chia dalam oktocup 2 pada bulan Disember 2014 nanti. (saya dengar ada hos ketiga yang akan diperkenalkan!) 

Drama baru untuk okto

Hari ini kami mulakan perbincangan untuk menerbitkan sebuah siri drama baru untuk okto (MediaCorp). Teruja rasanya menghasilkan drama ini kerana dapat bekerjasama dengan Sanif Olek (Pengarah) dan teman-teman lama seperti Joseph Tan (Penulis), Harrywanto (DOP) dan Sean (Penerbit).

Penerbit-penerbit kami dari ScreenBox, Suriana & Andika, juga sedang bekerja keras untuk memilih mereka yang sudah menghadiri ujibakat untuk drama ini. Selalunya, setelah kami pilih senarainya, akan kami sarankan kepada pihak TV untuk diberi kata putus. Jika anda sudah tampil dalam ujibakat drama ini, saya ucapkan terimakasih. Nantikan keputusannya tidak lama lagi.

Akan saya berikan butiran lanjut tidak lama lagi... In Shaa Allah.