Be Outstanding

BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT

Semasa saya di KL ada rakan di sana yang menyentuh tentang bagaimana mereka dilupakan kacang-kacang mereka.

 

Saya pasti ramai juga yang sudah mengalaminya. Kacang yang lama dididik, dipimpin dan dibantu lalu tidak ingat asal usul dan lupa mengucapkan terimakasih kepada si kulit yang sudah lama berjasa. Kacang lupakan mentor, kacang lupakan saudara, kacang lupakan banyak lagi kulit-kulit di luar sana. Senang cakap, ramai kulit-kulit rasa bagaikan terbuang begitu saja.

 

Pesanan kepada sang kacang: harus selalu beringat kalau kulit dah banyak membantu, jangan tinggalkan dia begitu atau lupa jasanya yang lalu. Kerana banyak lagi yang boleh dipelajari. Seringlah berterimakasih dan bersilaturahmi. Kerana mesti ingat, di luar sana sememangnya dah terang, kacang yang tidak berkulit mudah dimakan orang.

 

Pesanan kepada sang kulit: tidak rugi kacang lupakan kulit. Kerana tugas anda sudah selesai bila mereka berdikari. Manfaatnya sudah tercatat dan ganjarannya bakal ditemui. Ilmu dan amal sang kulit akan sentiasa bertambah - langsung tidak kurang sedikit pun walau disimbah. Kerana, mesti ingat, di luar sana sememangnya sudah terang, walaupun kulit mudah dibuang, kulit sukar dimakan orang.

Kejar kecemerlangan

Sejak beberapa tahun yang lalu, saya dapati impian dan cita-cita saya berubah. Saya mula impikan keringkasan dalam hidup. Saya rasa tak perlu kita ada kereta mewah atau rumah yang besar. Kereta yang saya gunakan untuk perniagaan sudah pun saya tiadakan. Kini saya sedang mencari rumah yang lebih kecil - ya, saya ingin downgrade.


Seperti ramai yang sedang mengejar kejayaan, saya pernah dahulu meletakkan kejayaan hanya pada jumlah penjualan yang boleh kita capai. Hari ini saya melihat kejayaan dengan sudut yang berbeza.


Adakah orang-orang yang bekerja dengan kita merasa gembira? Adakah kita benar-benar mendengar luahan anak-anak kita? Atau sudahkah kita memberi yang terbaik untuk pasangan kita? Atau, lebih penting lagi, sudahkah kita berlaku adil dalam setiap hubungan yang telah kita jalinkan? Bagi saya, perkara-perkara ini adalah lebih penting dalam hidup. 


Tetapi satu perkara tidak akan berubah dalam hidup saya. Saya akan tetap mengejar kecemerlangan dalam apa yang saya lakukan setiap hari. 


Kecemerlangan dalam hubungan antara kenalan, lebih-lebih mereka yang kita sayangi. Kecemerlangan dalam tugasan harian. Dan yang penting sekali, harus cuba mengejar kecemerlangan dalam mengerjakan amalan dan ibadah - In Shaa Allah. Inilah yang dituntut sebenarnya oleh yang Maha Esa.


Saya impikan keringkasan serta kecemerlangan. Ringkas tidak bermakna kita tidak tangkas dan tidak pantas. Harus cerdas tetapi beralas. 


Kejarlah kecemerlangan, in shaa Allah, kejayaan dunia akhirat boleh menyusul.


Saya doakan anda sentiasa dalam keadaan cemerlang di mana saja anda berada.

 

image.jpg

Jalan yang dilalui seorang peniaga

 

1. Ramai yang mulanya tidak percaya dia boleh berjaya. 

2. Adakalanya dimarah & dihina pelanggan berbisa. 

3. Tiada gaji, tiada MC bila baru-baru mulai. Malah MC sampai hari ini belum pakai lagi. 

4. Niaga berkembang, ramai yang datang, hati senang. 

5. Diuji dengan wang, pass atau fail, dilalui dengan tenang. 

Tak perlu bangga bila berniaga

Tak perlu iri bila tak jadi 

Tak perlu layu bila keadaan membuntu

Minta selalu kepada Yang Satu

#stayfocus #inshaaAllah