Yang sebelah kanan Ali (Director of Photography) dan yang sebelah kiri, berambut panjang, adalah Mac (Grip, Light specialist & photographer). Kededuanya adalah antara yang mahir dalam bidang mereka.
Semasa bulan Ramadan, kami membuat rakaman di bawah terik mentari untuk beberapa jam lamanya. Sedikitpun saya tidak terdengar mereka merungut.
Kadang-kala kita ada rakan kerja yang sangat baik dan mereka sepatutnya dipuji atas kecekalan mereka.
Berilah pujian bila perlu dan bila rakan kerja kita wajar menerimanya. Ia boleh meningkatkan harga diri dan produktiviti.