It's always nice to catch up with friends and industry contacts at Asia Television Forum. From right: Hazlin (MDA), Farlina (Mediacorp Suria), Gabriel (CEO, MDA), Shuhaimi (MDA), Haiz (Mediacorp Suria) & me!!
#atf
It's always nice to catch up with friends and industry contacts at Asia Television Forum. From right: Hazlin (MDA), Farlina (Mediacorp Suria), Gabriel (CEO, MDA), Shuhaimi (MDA), Haiz (Mediacorp Suria) & me!!
#atf
Took a break from Asia Television Forum to have lunch with my Mom today. She was under the weather pass few days. Glad to see her recovering.
#atf
I honestly don't remember what I showed Suhaimi that got his attention :)
Kami sudahpun di pertengahan penggambaran siri terbaru Bongkar. Kali ini kami memaparkan kisah-kisah korporat dan individu yang serong kelakuannya.
Bila ada syarikat atau individu yang mula menipu, apakah hak anda? Apakah yang boleh anda lakukan? Siri ini akan disiarkan hujung bulan disember 2014 ini.
Earlier today I go behind the camera to film Volvo safety video. Here are our casts.
Hanya tinggal sehari sebelum Selamat Pagi SG ke udara setelah lebih sedekad menghilang.
From left, Robbie Fowler, Eden Ang, Aiken Chia and Suhaimi Yusof.
Pertama kali saya ke MIPCOM (Cannes, France) adalah pada tahun 1998. Saya ke sana setahun sebelum saya menubuhkan syarikat ScreenBox.
MIPCOM boleh dikatakan sebuah pertemuan besar-besaran antara stesen TV, penerbit, penulis dan sesiapa saja yang ingin berjual-beli dalam arena televisyen. Sebelum itu saya tidak tahu bahawa acara sebegini wujud untuk pemain industri televisyen.
Di sini saya pelajari kita boleh:
1. menjual idea rancangan TV kita kepada sesiapa saja atau mana-mana stesen di dunia ini
2. mendapatkan dana untuk penerbitan TV
3. bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menerbitkan rancangan TV anda
4. menjual rancangan TV anda yang sudah tersedia
5. mencari pengedar antarabangsa untuk rancangan TV anda
... dan banyak lagi!
Saya dapat melihat bagaimana pihak antarabangsa membuat 'deal' untuk berjual-beli rancangan. Saya juga didedahkan kepada segala aspek perniagaan TV yang boleh dilaksanakan di arena antarabangsa.
Cukup memberi ilmu. Alhamdulillah.
Bila saya pulang ke Singapura, ia menjadi landasan kepada perancangan saya untuk menubuhkan syarikat ScreenBox. Saya kembali mengambil bahagian dalam MIPCOM seberapa boleh. Alhamdulillah, menerusi pertemuan pengedar antarabangsa di MIPCOM, rancangan kami sudah pun diedarkan ke hampir 20 negara di seluruh dunia.
Jadi kepada sesiapa saja yang ingin mengembangkan perniagaan TV mereka, haruslah ke MIPCOM - ia boleh mengubah pandangan kita tentang dunia televisyen.
Selamat maju jaya semuanya!
Bayangkan, 13 tahun lalu saya mengacarakan rancangan selamat pagi yang terakhir. Saya rasa bagaikan tidak percaya diberi peluang sekali lagi untuk mengacarakan rancangan ikonik Selamat Pagi SG ini, sekaligus menerbitkannya.
Alhamdulillah.
Terlalu banyak kenangan manis yang sudah tersimpan bersama SPS dahulu. Kini tiba masanya saya mulakan perjalanan baru serta mengumpulkan kenangan-kenangan baru dengan rakan-rakan pengacara Selamat Pagi SG yang terkini lagi saya hormati.
Kita bertemu di kaca TV pada 30 November nanti ya. #selamatpagisg
Sudah rasmi!
Setelah lebih sedekad, rancangan Selamat Pagi SG akan kembali menemui anda setiap hari Ahad mulai 30 November 2014, jam 10 pagi di Suria.
Saya terharu sekaligus gembira syarikat ScreenBox diberi peluang untuk menerbitkan rancangan Selamat Pagi SG ini. Alhamdulillah.
Nantikan blog dan gambar-gambar di sebalik tabir menyiapkan rancangan ikonik ini.
Jangan lupa ikut FB page Selamat Pagi SG untuk segala informasi terkini mengenai rancangan ini.
Instagram Rasmi: @selamatpagisg
#SelamatPagiSG
Sampai kita jumpa setiap ahad nanti ok!
Anak-anak saya masih kecil dan ke mana saja kami pergi, mereka akan bersama. Hari ini terasa terhibur kerana dapat menunggang Luge ini (di Sentosa) bersama-sama. Sudah hampir 18 tahun saya berumahtangga dan tiada yang lebih indah daripada masa yang diluangkan untuk keluarga. Selamat berhujung minggu semua!
Teruja rasanya menerbitkan siri drama kerana drama terakhir syarikat ScreenBox adalah beberapa tahun dulu. Kami lebih banyak menerbitkan rancangan informasi dan dokumentari.
Apatah lagi kami dapat memilih Sanif Olek untuk mengarah drama ini. Saya rasa tidak sabar menantikan kesudahan rakaman YOMI.
Idea drama Yomi ini dihasilkan bersama kakitangan ScreenBox.
Dapatkan informasi lanjut tidak lama lagi. Yomi akan keudara di saluran okto Januari 2015.
Tahun lalu siri oktocup menarik 480 pasukan untuk bertanding. Tahun ini rancangan yang merakamkan pertandingan futsal ini telah pun menarik 600 pasukan bila pendaftaran berakhir semalam di tampines mall.
Malah, pendaftaran terpaksa ditutup sekitar tengahari kerana jumlah yang boleh bertanding sudah pun tercapai. Ada yang terpaksa berada dalam senarai menunggu.
Jangan lupa bersama Suhaimi Yusof dan Aiken Chia dalam oktocup 2 pada bulan Disember 2014 nanti. (saya dengar ada hos ketiga yang akan diperkenalkan!)
1. For every 10 rejections, there's always one that hurts him most. That's the one he learns most from.
2. For every 10 successful pitches, there's always one that is least celebrated. That's the one he wished he had shown more gratitude.
Gratitude is a true sales' multiplier.
Have a great working week everyone!
Seberapa boleh, jangan menyuruh tenaga kerja melaksanakan tugas yang kita sendiri belum pernah melakukannya.
Kerana tunjuk-ajar yang lebih berkesan adalah dari seorang yang sudah mengharungi tugasan itu. Kita juga lebih memahami batas dan cabaran tugas yang akan dilalui rakan kerja kita itu.
Pimpin menerusi pengalaman, bukan arahan semata-mata.