Out of all the live shows produced by ScreenBox in the month of Ramadan, I feel very blessed to be involved in ‘Singapura Bertakbir’. An epic and significant live streaming in the midst of unprecedented times
Isu Hangat: Takbir di kaca TV Singapura? Antara kesan jika genre agama dibenarkan ke kaca TV.
Perbincangan meletakkan takbir di stesen TV Melayu Singapura, Suria, menjadi saranan hangat segelintir pengguna di media sosial. Sebab utama permintaan ini diusulkan beberapa warga media sosial yang menginginkan agar warga emas, yang tidak berada di alam maya, turut sama mendengar/melihat takbir raya nanti.
E-Buka Puasa
Islam Itu Bersih
Podcast Diari Ayah
20 tahun berniaga
Perlu berubah untuk terus bertahan
Fandi tetap menjadi contoh
Bosnia's Malay Girl
Bersama Chef Mel
Fiqh For The Sick
Perkara yang tidak pernah saya kongsi
Ibu, inspirasiku
Gerai Obek
I seldom talk about my Dad
I love Al Quran 2019
Gerai yang disarankan Facebook follower saya
It's easy to get International Driving Permit
Bertemu Chef Bob
Ikut Kata orang tua
Dalam dunia moden di mana ramai anak muda sedang merancang dan mencari pasangan hidup yang sesuai, saya ditemukan dengan anak saudara saya yang melakukan sebaliknya.
Apabila diajak oleh ibu bapanya untuk dipadankan dengan pasangan pilihan orang tuanya, beliau berserah bulat-bulat dan ikut kata orang tuanya walau tidak kenal bakal pasangannya.
Pada hari pertunangan mereka semalam, Ayah Hafiza memberitahu beliau sudah 40 tahun berkawan rapat dengan bakal besannya dan bila diusul agar anak mereka dijodohkan, kedua-dua anak dari kedua belah pihak tidak ada bantahan langsung.
Ini sangat mengkagumkan kerana jarang kita mendengar perkara ini berlaku di zaman ini. Ibu saya, nenek kepada Hafiza, juga dipadankan dahulu dengan Arwah Ayah saya dan jodoh mereka berpanjangan. Dan Ibu saya rasa sangat teruja bila mendengar cucunya juga dipadankan seperti dirinya dahulu.
Semoga pertunangan Hafiza dan bakal suaminya, Ismail, berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Dan semoga semua anak-anak yang mendengar dan mengikut kata-kata orang tua mendapat keberkahan serta kesenangan dunia akhirat. Aamiin.