Bila Allah turunkan wabak ini, terdapat juga peluang bagi kita renungkan lalu buktikan beberapa perkara tentang agama kita ini:
1. Islam itu bersih. Inilah masanya kita kongsi atau terbitkan kandungan mengenai mengapa kita pentingkan makanan yang halal dan toyyiban. Tunjukkan kepada dunia mengapa proses halal ini menjadi pilihan dan ia boleh menjadi penyelamat serta pelindung kepada segala yang kotor. Saya diberitahu ramai yang melanggani dan memilih restoran-restoran halal dewasa ini dan ini menjadi bukti bahawa ramai, termasuk orang-orang bukan Islam, sudah peka tentang kebersihan makanan halal. Jadi, penting untuk kita memperbanyakkan informasi tentang cara kita membersihkan makanan kita. Dengan itu, saya syorkan syarikat-syarikat media dan badan-badan tertentu mengambil peluang ini kerana di waktu-waktu beginilah dunia akan mendengar penerangan kita dengan prihatin.
2. Kita berani. Oleh kerana ramai kakitangan dan pekerja dari negara tertentu terjejas, inilah masanya kita tunjukkan kita ada sifat berani dan rajin menjalankan tugas serta tanggungjawab kita dengan baik lebih-lebih lagi apabila mereka mencari pengganti tenaga kerja.
3. Cara kita makan. Ini juga waktunya kita boleh menunjukkan kepada orang lain cara dan tabiat orang Islam makan. Kita pilih untuk makan dengan tangan dan bukan dengan sudu garpu. Mengapa menjilat jari itu penting dan enzim yang boleh menurunkan aktiviti bakteria-bakteria patogen yang ada pada tangan kita ketika kita makan - ini boleh membantu. Jika kita terus menjaga kebersihan tangan kita sebelum kita makan, tabiat ini penting disebarkan kepada orang ramai. Kita juga akan menjadi prihatin atas tabiat ini kerana kita juga harus terus menjaga kebersihan tangan bila menyuap diri kita atau anak-anak. Potonglah kuku dan jangan mewarnakan kuku bila menyuap anak. Itu penting. Di sini, saya mengajak asatizah-asatizah atau content creator yang arif untuk menghasilkan kandungan-kandungan berinformasi sebegini dalam bahasa inggeris agar kita dapat mengenalkan sunnah ini kepada penduduk dunia.
Allah saja yang tahu sebab sebenar mengapa wabak coronavirus ini berlaku. Kita perlu merenung dan memikirkannya lebih jauh agar kita ditemukan dengan HikmahNya satu hari nanti. In shaa Allah.
Sudah terdapat banyak isyarat, ayuh kita sebarkan walau sepotong ayat.