Selain Syarikat ScreenBox, saya dan isteri ada sebuah syarikat pelancongan di Singapura. Syarikat ini kami tubuhkan bersama Jovan, seorang pakar dalam bidang operasi pelancongan dan cruise dengan lebih 15 berpengalaman. Operasi syarikat pelancongan berjalan dengan lancar sehingga covid tiba. Semuanya menjadi sangat mencabar. Kami tidak dapat melakukan sebarang wisata dan sales kami menjunam. Jadi kami terpaksa mengemudi syarikat Dreamcation dengan mengalihkan perhatian kepada e-commerce dan kegiatan-kegiatan lain. Saya akan ceritakan apa yang kami lalui dalam sebuah podcast suatu hari nanti. In shaa Allah.
Hari ini seperti sinaran baru bagi syarikat Dreamcation. Alhamdulillah pagi tadi saya dan Jovan ke ruang di Woodlands Square yang akan menjadi pejabat baru Dreamcation Cruises and Tours in shaa Allah.
Alhamdulillah sudah beberapa bulan industri pelancongan semakin pulih, jadi kami buat keputusan untuk mengambil pejabat ini sebagai tapak kami meneruskan usaha wisata serta pelancongan ke negara2 yang ramai ingin terokai. Bayangkan kegembiraan kami mendapat pejabat baru ini dengan harapan yang tinggi semuanya dipermudahkan Allah.
Follow @dreamcationcruisesandtours untuk perkembangan pejabat ini.
Terima kasih kepada pelanggan2 yang bantu usaha2 kecil kami semasa pandemik dan kini terus ikut kami naik cruise, melancong ke Turkiye, Australia, Korea, Morocco dan banyak lagi. Mohon doa