Pagi tadi Qistina terima Anugerah Mendaki. Syukur sangat dapat menyaksikan beliau, serta anak-anak Melayu/Islam Singapura yang lain menerima anugerah ini kerana ia meraikan kecemerlangan anak-anak kita dalam pelajaran.
Anugerah yang diterima anak sulung saya ini sangat bermakna baginya kerana ia mendukung bidang media yang beliau sangat2 minati. Acara ini juga bertambah ertinya kerana ibunya (moi saya) juga merupakan seorang penerima Anugerah ini 34 tahun yang lalu (1988).
Tahniah kepada semua anak-anak kita yang bekerja keras mencapai tahap ini serta Ibu bapa mereka yang bertungkus lumus memberi sokongan tanpa henti.
Semoga anak-anak kita menjadi pemangkin kejayaan masyarakat serta pencetus ilmu yang membawa manfaat dalam perkongsian hari muka
Alhamdulillah. Terima kasih MENDAKI Singapore atas anugerah & majlis yang bermakna ini.