Kami antara jemaah Haji terakhir yang masuk ke Makkah hari ini (7 July). Alhamdulillah, syukur selamat sampai ke sini.
MasyaAllah terharu membaca segala doa & ucapan anda Terima kasih semua. Saya & Qistina dalam perjalanan ke Makkah bersama 43 jemaah Haji antarabangsa, ada antaranya seperti kami tergolong di bawah mujamalah Visa. Saya diberitahu sekitar sejuta jemaah Haji yang akan berkumpul tahun ini. Yang terbesar semenjak pandemik. Allahu Akbar. Terima kasih Allah kerana menjemput serta membawa kami ke sini.