Berangkat ke Makkah untuk Menunaikan Haji

Bismillahirrahmanirrahim

Malam ini in shaa Allah saya dan anak sulung saya Qistina akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan Haji. Ini adalah Haji kami yang pertama. Alhamdulillah kami terima undangan daripada Saudi Embassy yang memberikan Visa Mujamalah untuk ke Tanah Suci. Pihak kedutaan mengundang saya & isteri, namun, memandangkan anak-anak yang lain sedang dalam peperiksaan, isteri saya mengambil keputusan memberikan tempatnya kepada Qistina. MasyaAllah suatu pengorbanan yang saya harapkan menerima ganjaran yang setimpal bagi Moi

Walaupun undangan ini hadir minggu lalu, dengan kuasa Allah kami dapat mempersiapkan diri, dapat tiket penerbangan serta hotel di sana. Tambahan pula, menerusi Ustaz Zaki daripada Zaki Alwie Travel Services, Allah temukan Ustaz Husnan yang memberikan saya & Qistina crash course Haji dalam masa 2 hari. Allahu Akbar.

Di sini saya ingin mohon Maaf atas segala kesilapan saya selama ini. In shaa Allah kita bertemu lagi. #hajj #makkah