Kuat mengharungi dugaan

 

Dalam menjalankan tugas saya, kadang kala saya bertemu dengan individu yang sangat kuat mengharungi cabaran.

Seperti Nenek Selmah ini, 76 tahun, seorang pesakit ginjal dan seorang diri menjaga anak 48 tahun yang lemah mentalnya. Sedikitpun saya tidak melihat beliau komplen tentang keadaannya. 

Setelah menjalankan beberapa sesi penggambaran, walaupun sudah tidak kuat, beliau masih boleh senyum dan mahu meneruskan penggambaran agar ramai yang dapat mengetahui ceritanya.

Kisah Nenek Selmah, dan ramai lagi, dalam CahayaMu, setiap hari Isnin, 9 malam di Suria. 

 

image.jpg