Alhamdulillah, rancangan terbitan ScreenBox ini sudahpun mula disiarkan setiap Khamis, 8.30malam di Suria. Bagi musim yang kedua ini kami keluar negara untuk mencari makanan asli dan membandingkannya dengan makanan klon di Singapura.
Kalau kita perhatikan, makanan boleh mempengaruhi gerak laku sesebuah masyarakat. Misalnya, Phat Thai. Di Thailand, satu ketika dahulu, mereka mengalami kekurangan beras. Lalu pihak berkuasa di sana merancakkan kegiatan mempromosikan Phat Thai di seluruh negara agar rakyatnya menukar selera daripada nasi ke Phat Thai. Mereka menyebarkan resipi Phat Thai ke seluruh negara dan ia berjaya menjadi makanan harian orang Thailand. Anda boleh melihat episod Phat Thai ini minggu hadapan.
Tetapi jika anda ingin menonton episod-episod yang lalu, semuanya boleh di tonton di www.xinmsn.com/makanboomz.
Penerbitan Makan Boomz Kembara ini cukup mencabar:
- Kami merakamkan setengah inti rancangan ini sebelum bulan puasa. Dan kami terpaksa menghentikan rakamannya semasa bulan Ramadan kerana semua kru penerbitan & pengacara tak boleh nak makan!! Kami sambung rakaman diluar negara secara intensif selepas bulan Ramadan agar dapat mengejar tarikh ia disiarkan. Nasib menyebelahi kami kerana kami dapat pulang sebelum banjir melanda Bangkok. Alhamdulillah.
- Chef Bob sakit sewaktu di Bangkok. Risau juga kami dibuatnya bila Chef Bob sakit. Kerana semua resipi klon adalah hasil karya Chef Bob sendiri. Tetapi beliau sungguh profesional menjalankan semua rakaman sehinggakan kami dapat menghabiskan semua kerja.
- Banyak kegenjotan diluar jangkaan kami samada di Singapura mahupun luar negara. Misalnya, kapalterbang tidak mahu berlepas atas sebab-sebab ada penumpang yang takut naik ke udara.. Sempat kami rakamkan saat-saat ini di vlog Makan Boomz Kembara dalam yang boleh di tonton di xinmsn.
Saya juga dapati chemistry pengacara-pengacara Makan Boomz Kembara semakin rapat. Ini boleh kita lihat dalam pergaulan mereka semasa rakaman. Lihat saja penjelasan Suhailla Salam dalam video rakaman disebalik tabir ini:
Antara sebab chemistry para pengacara Makan Boomz Kembara begitu baik adalah atas kesudian mereka mengambil watak masing-masing sebagai wartawan yang Laser (Khai), Diva (Suhailla) dan Chef (siapa lagi kalau bukan Chef Bob).
Terimakasih kepada kakitangan ScreenBox, para pengacara & kru penerbitan atas kerja keras anda.
Saya berharap semua penonton meraih informasi yang hendak kami paparkan dalam rancangan ini.
Lunsuri halaman muka facebook untuk Makan Boomz Kembara di sini. Kami hargai sokongan anda!
Selamat menonton!