Jangan kita beri diri kita berbagai alasan lagi!
Kalau sememangnya sudah lama anda ingin bersenam tetapi masih belum lagi terbuat, hah katakan “kalau bukan sekarang bila lagi?” … ha pi buat je!
Saya pernah tersangkut dalam lingkaran tabiat pemakanan yang tidak sihat dan langsung tidak pergi bersenam – dengan alasan tiada masa, sibuk dan macam-macam lagi!
Tabiat itu membuat berat badan saya melonjak lebih 90 KG! dan badan rasa sungguh malas.
Saya cukup faham bahawa memang sukar kita hendak keluar daripada lingkaran ini tetapi jika anda tidak cuba sedaya upaya, tabiat ini akan mengambil alih hala tuju kesihatan dan anda akan hilang kawalan!
Jadi, jangan tunggu-tunggu lagi! Bila kita mulakan, semuanya akan berubah… senang bekerja, senang berniaga, senang beribadah!
Buat je ok!
Semoga kita sama-sama sihat.