Waktu

 

Kadang kita takut membuat keputusan yang baru

Saya dulu juga begitu

Kerana kita tidak pasti kesudahan yang menanti 

Tiada gerenti, tiada waranti semuanya boleh menjadi 

Tetapi setelah sekian lama mencuba

Rupanya kita tidak perlu memburuk sangka

Tentang masa depan yang menanti kita

Semuanya ikut susunan, semuanya ikut aturan 

Sudahkah kita ikut pesanan?

Kenapa belum menjadi... 

Itulah yang selalu tersimpan di hati

Rupanya ada yang perlu dilalui 

Agar kita lebih dewasa nanti

Untuk menerima apa yang bakal diberi 

Hadiah yang paling besar disisi 

Iaitu peluang hidup di dunia walau sehari lagi

Jangan disia-siakan waktu yang sudah dikurniai