Minggu lalu, tercetuslah satu idea. Saya ingin mencuba melakukan suatu eksperimen di mana kita boleh mengejut sambil menghiburkan mereka yang sedang sibuk di pasar geylang.
Dalam eksperimen ini, saya amat memerlukan bintang yang ramai kenali. Lalu saya menghubungi pihak Lovehunters (saudari Watie) dan bertanyakan samada mereka sudi bekerjasama. Saya tidak menyangka Abang Yazid langsung setuju, malah pihak Lovehunters mengajak Addy Cradle dan Din Lovehunters untuk sama-sama dalam projek ini.
Saya cukup terharu kerana mereka ini adalah rockers mapan negara dan persetujuan mereka amat besar dan bernilai dalam eksperimen ini!
Bila saya bertemu mereka Ahad lalu untuk melaksanakan projek ini, saya dapat rasakan keghairahan mereka untuk membuat kejutan ini berjaya. Semangat mereka membuat saya dan rakan-rakan kerja di sungguh.com benar-benar ingin melihat ianya berjalan lancar.
Saya juga merasa gembira kerana Elfa Ynacis dari Talent Ted Agency juga sudi menjadi makeup artis dan imej. Walaupun projek ini merupakan idea kejutan (last minute), beliau sanggup mendapatkan baju-baju dan perkakas yang boleh membantu menyembunyikan identiti rockers kita.
Inilah hasil eksperimen kami:
Eksperimen in diinspirasikan dari sesi kumpulan U2 mengejutkan mereka di Amerika.
Adakah anda suka eksperimen begini? Jika ya, apakah eksperimen lain yang boleh kita lakukan?