Dari masa ke semasa, saya akan terima permintaan untuk ditemubual pelajar-pelajar politeknik yang mengambil bidang audio, visual & filem. Selalunya mereka akan bertanyakan pengalaman dan cara saya menghasilkan penerbitan video dan dokumentari. Inilah antara perkara-perkara yang dikongsi kepada pelajar-pelajar ini:
1. Penerbitan dokumentari tidak seharusnya ada cetak (atau template). Ia harus diolah mengikut cerita dan inti sebenar topik yang dikaji.
2. Kajian harus dijalankan sebelum dan sedang dokumentari itu diterbitkan.
3. Setelah ia disiapkan, pastikan semua fakta dan informasi sahih dan tepat. (In ScreenBox, we propogate ZERO ERROR when it comes to information in all our TV shows).
4. Harus menjangka perkara yang yang tidak diduga akan berlaku semasa penggambaran dokumentari. Dalam setiap dokumentari yang saya terbitkan di ScreenBox, berbagai perkara yang tidak diduga berlaku. Pernah suatu ketika di Beijing kami tidak dibenarkan masuk Tianamen Square kerana hanya kru penggambaran setempat sahaja diterima pada waktu itu. Jadi kami terpaksa cepat-cepat menggantikan kru kami dengan kakitangan setempat. Walaupun ini meningkatkan kos, kami terpaksa melakukannya kerana kami tidak mahu pulang dengan tangan kosong.
5. Perhatikan betul-betul apa yang diluahkan semasa sesi temubual. Perhatikan juga betul-betul apa yang ditidak diluahkan. Kadang-kadang ada cerita di sebalik setiap perkara yang tidak dibincangkan.
Itulah antara perkara yang saya kongsi. Saya juga rasa sesi perkongsian begini adalah cara yang terbaik bagi saya ketahui secara mendalam apa yang dipelajari penuntut-penuntut di politeknik. Saya mendapat informasi yang terkini mengenai kurikulum mereka.
Tidak ramai yang tahu saya merupakan ahli Lembaga Penasihat bagi School of Infocomm, Republik Politeknik. Di sana kami memberi pandangan dan nasihat bagaimana menyesuaikan setiap kurikulum diploma.
Saya harap dialog antara pelajar dan penggiat industri akan terus diadakan. In shaa Allah.