Ruyung

Ekonomi

Bila kita ada banyak tetapi tidak cukup

Perlu selidik cara kita belanja sebelum terlingkup

Lagipun ekonomi sedang menguncup

Banyak syarikat gergasi sudahpun tutup

 

Baru saya terdengar seorang berilmu menerangkan

Konsep barakah yang perlu kita fahamkan

Bila hidup tidak mencukupi, jangan minta lebihkan

Tetapi minta barakah ke atas apa yang sudah diberikan

 

Yang sedikit boleh bertambah

Yang lemah boleh terus tabah

 

Yang penting sewaktu gawat kini

Benda yang kita tak mampu, jangan dibeli

Ringkaskan semua aspek hidup jadi tidak merasai

Kesempitan yang melanda pasaran hari ini

Jangan tukar kerja dulu, yang baru mungkin tak jadi

 

Sudah tiba perbelanjaan kita dihitung

Kerana harga di luar sana mula melambung

Beli apa yang perlu, lain kita bedung

Mari terus kerja keras supaya rezeki tidak tergantung

Kerana jika sagu yang kita inginkan, haruslah pecahkan ruyung

 

#JanganCakapAbangTakPayung

 

IMG_2150.JPG