Ini adik saya bernama Hairi. Beliau seorang guru dan merupakan anak bongsu (anak ke 15) dalam adik beradik kami.
Bila beliau mengambil keputusan untuk menjadi seorang guru, Mak sayalah yang paling gembira kerana Mak tahu kerjaya seorang guru adalah antara tugas yang mulia; memerlukan kesabaran dan kebijaksaan untuk mencungkil minat anak-anak murid agar membesar dengan aspirasi masing-masing.
Kepada adik saya Hairi (serta isterinya Salina, juga seorang guru) dan semua guru-guru di luar sana, Selamat Hari Guru, dan kami doakan anda sentiasa berjaya memimpin para pelajar ke arah menyumbang kepada masyarakat.
Semoga usaha guru-guru kita menerima ganjaran yang tidak terhingga dunia akhirat.
Tag seorang guru yang anda kenali dan berikan mereka sekuntum doa😍