Selamat Hari Raya semua dari kami sekeluarga.
Tahun ini kita beraya dalam keadaan yang sangat berbeza namun kita masih boleh bergembira dengan keluarga pada hari yang mulia.
Kami mohon maaf zahir dan batin. Semoga anda sentiasa bahagia Syawal ini bersama keluarga. ❤️😍
Walaupun kita berjauhan, saya percaya jika kita mengingati antara satu sama lain, kita akan sentiasa akrab dan berdekatan.
Pada hari raya pertama, sama seperti orang lain, saya ber-zoom dengan keluarga kededua belah pihak. Itulah saat yang sedih sebenarnya.
Sedih kerana saya melihat ibu dan mentua saya sangat gembira melihat anak-anak, cucu dan cicit berkumpul. Dari raut wajah-wajah mereka saya sedari acara zoom ini telah mengubati rindu mereka - dan sekaligus, rindu saya. Sedih kerana orang tua kami memahami keadaan covid-19 ini dan tidak pernah memaksa anak-anak datang beraya kerana mereka tahu kepentingannya.
Bayangkan seluruh dunia melalui perkara yang sama dan kita mengharungi Syawal dengan tabah walaupun tidak dapat bersama. Terasa sedihnya di situ. Inilah sejarah penting hidup kita di mana satu hari nanti, kita akan gembira mengatasi wabak ini. Pada hari itu nanti, kegembiraan bertemu akan berganda di hati.