Penghujung yang terbaik

Gambar ini adalah antara sedutan video Masjid Yusof Ishak yang kami terbitkan.


Semasa menerbitkan video itu, saya dan isteri bertemu Puan Noor Aishah untuk mengenal lebih dekat lagi nilai peribadi Almarhum Yusof Ishak.


Puan Noor Aishah berkongsi, "Seorang Presiden itu harus jujur, amanah dan harus membuka matanya kepada rakyat. Suami saya akan tahu jika ada orang yang sakit di kalangan masyarakat dan beliau akan turun padang dan berkorban masanya untuk mereka. Mesti amanah dan bertanggungjawab. "

Dan bila saya bertanya apa perasaan Puan Noor Aishah tentang Masjid Yusof Ishak, beliau dengan rendah hati berkata, "Masjid ini adalah penghormatan dan penghujung yang terbaik untuk suami saya."


Jika anda ke Masjid Yusof Ishak untuk beribadah, jangan lupa hadiahkan segulung alfateha untuk Almarhum yang sudah berbakti untuk negara.

 

IMG_6355.JPG