Penggambaran Muzik Video

Hari ini saya mulakan penggambaran sebuah muzik video untuk seorang client. Lagunya sangat baik menceritakan bagaimana seorang insan dapat bangun dan mengatasi segala rintangan. Zero to hero. Lagu ini diterbitkan Pak Marco Isaak yang juga akan menyanyikan bersama Cakra Khan.

Ramai personaliti mapan akan hadir dalam video ini seperti Fandi Ahmad, Dato M. Nasir, Rosli Mohalim (Sweet Charity), Susanti Haditono dan pemain drum Ikmal Tobing. Penggambaran 3 negara. Saya laksanakan di Singapura. Bismillah

Jadi hari Jumaat ini saya tak dapat buat live kerana kami akan jalankan filming buat beberapa hari.