Kita dicipta dengan kemahiran
Berbeza, tapi tetap berkesan
Kadang terasa malas, tak mahu senaman
Itu memang biasa tapi jangan biasakan
Kita dicipta dengan kemahuan
Semua kita mahu tapi yang mana diusahakan
Kadang rasa tak sanggup, tak mahu teruskan
Itu memang biasa tapi jangan biasakan
Yang penting kita gembira bila ingin memulakan
Segala yang baik boleh jadi ikutan
Jangan gentar dengan segala rintangan
Susah senang kita lontarkan senyuman