Dah 3 tahun kami di sini dan sekarang tiba masanya kami pindah studio. Inilah tempat kami menghasilkan banyak rancangan online seperti Diari Ayah, Tanya Apa Saja, Storytime dan banyak lagi. Ini juga tempat kami beribadah dan menghasilkan program2 rohani seperti Singapura Bertakbir & Sembang Malam Ramadan.
Studio ini juga menjadi tapak di mana saya mengajar bengkel Masterclass, vlogging, Mobile Journalism dan banyak lagi.
Terima kasih Wisma Geylang Serai kerana sering menyokong usaha2 kami di On Cue .
Terima kasih juga kepada anda yang sering menyokong content kami.
Saya sayang betul studio ini.
Sekarang tiba masa untuk kami mencipta kenangan dan rancangan baru di live-streaming studio yang lain pula.