Idea baru

Hari ini saya mempunyai jadual yang padat. Sebelah pagi tadi saya sudahpun menyampaikan idea baru ScreenBox kepada saluran Channel News Asia untuk dipertimbangkan. Saya harap idea baru kami diterima. 

Petang nanti In Shaa Allah saya akan teruskan bengkel penerbitan video kepada guru-guru di Pusat Bahasa Melayu Singapura. Ini adalah kumpulan peserta-peserta yang baru. 

Malam nanti saya akan menghadiri photoshoot untuk syarikat kami In Shaa Allah. 

Setiap kali ada idea baru, saya akan rasa ghairah sepanjang hari! 

image.jpg