Saya kagum dengan sifat murni yang ada pada Encik Roslan dan Puan Norlia, pasangan ibu bapa titipan yang kini sudah menjaga tujuh anak titipan keseluruhannya. Anak-anak titipan ini telah dijaga dengan penuh kasih sayang dan dibesarkan dengan baik walaupun mempunyai trauma atau peristiwa pahit. Mereka datang daripada pelbagai latar belakang. Ada yang dititipkan kerana mereka telah dianiaya atau diabaikan oleh keluarga mereka sendiri.
Saya menemu ramah Puan Norlia pada tahun 2017. Setelah mendengar kisahnya, saya tidak boleh bayangkan perasaan seorang ibu menjaga dan membesarkan anak-anak titipan dengan pelbagai cabaran dan kesabaran, dan akhirnya kuat melepaskan mereka unt#FosterAChildSGuk disatukan kembali bersama keluarga mereka sendiri. Apa yang lebih menyentuh hati apabila mendapat tahu pasangan ini saling menyokong satu sama lain dalam mengharungi pasang surut sepanjang perjalanan mereka selama 18 tahun menjaga anak-anak titipan.
Gembira saya bila dapat bertemu Encik Roslan dan Puan Norlia yang masih teguh menjaga anak titipan sekali lagi melalui Zoom Sabtu lalu. Semoga keluarga ini mendapat kebaikan dan kesihatan untuk terus berbakti.
Jika anda ingin keterangan dan mendapat bimbingan untuk menjaga anak titipan, lungsuri: www.msf.gov.sg/fostering
Telefon: 6354 8799
WhatsApp: 9645 8231
Emel: fostering@msf.gov.sg