Hungryy App Kerjasama Dengan Burger King

Saya bangga dengan pencapaian syarikat anak Melayu Hungryy ini.

Setelah 9 bulan menjalankan khidmat penghantaran makanan 100% Halal, syarikat Hungryy kini meraih satu pencapaian besar di mana mereka berjaya bekerjasama dengan restoran makanan segera, Burger King Singapore.

Saya bertemu Pengasas Bersama Hungryy, Aszri dan Ketua Pegawai Eksekutif Burger King Singapura, Encik Chin Hou, untuk bertanyakan bagaimana idea kerjasama ini bermula.

Muat turun aplikasi makanan Hungryy:

- App store (ios/iphone)

- Google play (Android)