#HIVPOSITIVITY

Individu-individu yang hidup dengan HIV dan AIDS kerap berhadapan dengan stigma dan diskriminasi sehingga hari ini. Mereka sering dijauhi oleh keluarga, rakan-rakan dan masyarakat umum. Tetapi, tahukan anda bahawa dengan adanya kemajuan dalam penyelidikan perubatan dan rawatan, individu-individu ini mampu hidup seperti biasa?

Sujimy mengajak anda untuk sama-sama mengakhiri stigma ini dengan mengambil sikap positif di kalangan keluarga dan masyarakat.

Individu-individu, termasuk kanak-kanak, yang hidup dengan HIV juga sering berdepan dengan pelbagai tekanan seperti hubungan keluarga. Oleh itu, sokongan dan penerimaan keluarga amat penting bagi menerapkan kesan positif dalam memulihkan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi mereka.

Kita juga perlu membetulkan salah tanggapan masyarakat mengenai HIV/AIDS. Penyakit HIV tidak boleh dijangkiti melalui perkongsian makanan, gigitan nyamuk, udara, keringat mahupun air mata. Kita tidak perlu berasa takut atau risau untuk berinteraksi dengan individu-individu yang hidup dengan HIV.

Pada peringkat awal, pesakit HIV mungkin tidak menunjukkan simtom dan hanya boleh mendapat kepastian jika mengambil ujian HIV. Terdapat ujian HIV tersedia tanpa memerlukan seseorang itu memberikan maklumatnya. Dapatkan ujian dan rawatan HIV seawal-awalnya untuk melindungi diri dan yang tersayang.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati https://go.gov.sg/uin9zx

#HIVPOSITIVITY