HATI SUAMI
Kalau anda ingin tahu isi hati suami, biarlah saya terangkan di sini.
Hati suami tidak pernah sunyi
Sering mencari peluang menggembirakan isteri
Kadang dia terlupa tetapi tidak sengaja
Kerana asyik dilanda tekanan kerja
Tidak bermakna dia tak suka
Jangan marah dia
Kerana hati suami ingin melihat isteri gembira
Hati suami suka dipuji
Lebih-lebih lagi oleh si isteri
Jangan tak beri, nanti tup-tup orang lain yang puji
Dah tepuk dahi
Hati suami terbahagi kepada dua
Cinta kepada keluarga dan cinta kepada Syurga
Kadang dia terlupa mencintai dirinya
Kerana asyik melaksanakan tugasnya
Supaya anak isteri tidak lapar dahaga
Hati suami tidak pandai menolak
Permintaan isteri membuatnya bersorak
Tetapi jangan sampai koceknya botak
Rambutnya menyusul bertukar corak
Hati suami ada satu ruang
Di mana ibunya sering terbayang
Wanita pertama yang dia sayang
Tanpa ibu dia mungkin sukar menyayang
Hati suami nak jumpa members lama
Susah nak kata bila ditanya mengapa
Saja nak jumpa gelak ketawa
Walau sekejap cukup gembira
Hati suami menjadi resah
Melihat anak yang sakit, matanya basah
Di tempat kerja boleh dikerah tetapi hatinya lemah
Sehingga berita anaknya sembuh mula terdedah
Tetapi HATI SUAMI jelas tiada misteri
Berdenyut serentak dengan hati si isteri
Itulah galeri beliau pamerkan cinta sejati
Menjadi sebati, satu hati, dua sejoli
Itulah saja yang dia mengerti