Hari ini isteri saya Haslinda Ali berusia 50 tahun. Banyak yang sudah beliau capai dalam perjalanan hidupnya - namun yang paling saya banggakan adalah cara beliau membesarkan anak-anak. Haslinda dibesarkan dengan kasih sayang dan disiplin dan itulah yang beliau tanamkan ke dalam naluri anak-anak kami.
Saya doakan hidupnya dipenuhi dengan hidayah dan iman serta kesihatannya sentiasa terjaga di mana jua beliau berada. Selamat hari lahir Moi ❤️