Firdaus ditaja ke Umrah

177D6631-60F6-4EE8-9EDD-A4B0982B1936.JPEG

Alhamdulillah, setelah kisah Mohd Firdaus dipaparkan dan dikongsi di media sosial, dan atas perkongsian anda, ceritanya telah sampai ke sebuah syarikat yang ingin membantunya. Syarikat Luxury Destinations mengesahkan mereka ingin menaja Firdaus ke Umrah. Setelah keadaan membenarkan nanti, syarikat ini akan membawa Firdaus ke Tanah Suci, In shaa Allah.

Gembira sangat menerima berita ini. Terima kasih kepada pihak Luxury Designations kerana murah hati menawarkan sebuah perjalanan penuh manfaat dan suci bagi Firdaus. Semoga perniagaan anda menerima barakah dan sukses selalu.

Saya juga doakan semoga Firdaus terus menerima kekuatan daripada Allah dan istiqomah hari demi hari.

Terima kasih juga kepada anda yang telah mengongsi kisah Firdaus sehingga ia sampai ke pihak penaja. 👍

Inilah video Firdaus.


Kisah Firdaus ini sebenarnya dibawa oleh Ustaz Basir kepada saya sebelum Ramadan. Beliau memberitahu saya bahawa beliau dan Ustaz Fadlon sedang cuba membantu mengumpul dana kerana Firdaus ingin menjalani pembedahan membuang buah dadanya. Alhamdulillah, mereka dapat dana itu dan berjaya membantu Firdaus atas keinginannya kembali asal.

Kepada Ustaz Basir, terima kasih membawa kisah Firdaus kepada saya sekaligus membantu Firdaus kembali ke fitrah. Allah saja yang dapat membalas usaha murni anda.

Ustaz Firdaus dan Ustaz Fadlon mempunyai program untuk membantu golongan bekas pesalah kembali ke pangkal jalan. Jika anda ingin membantunya, anda boleh menyumbang kepada mereka.

Jika anda ingin menyumbang kepada usaha Ustaz Basir & Ustaz Fadlon.

Inilah video yang pernah saya terbitkan dahulu mengenai program yang dikendalikan Ustaz Basir & Fadlon.