Saya rasa sesuai kiranya saya mulakan blog saya bagi 2011 ini dengan ucapan SYUKUR kita dapat bersama dalam tahun baru ini.
Banyak sangat yang boleh kita harapkan pada tahun 2011 ini. Tanda-tanda rancaknya kegiatan berbentuk perniagaan cukup memberi nafas baru bagi semua para peniaga. Bidang media tidak terkecuali.
Apa yang saya dapat lihat (lebih-lebih lagi di luar negeri) terdapat peluang-peluang baru menanti untuk kita takluki. Baik di negara jiran mahu pun lebih jauh lagi.
Sudah sampai masanya kita fikirkan masak-masak di negeri mana kita ingin meletakkan pengaruh syarikat atau perniagaan kita. Di mana boleh kita menambah nilai. Siapakah yang boleh kita adakan usahasama yang saling menguatkan.
Saya rancangkan untuk menjadikan Singapura sebagai headquarters kami, sementara kami terus mengorak langkah untuk ke luar negara lebih kerap lagi. Semua hasil rancangan TV boleh dilakarkan dari sini sementara peluang siaran dan penerbitan tidak terhad kepada Singapura sahaja.
Kalau anda sedang fikirkan untuk ke luar negara, saya syorkan anda cepat-cepat mencari informasi atau kenalan yang sudah menyerantau. Kerana semakin lama kita menunggu, semakin banyak saingan yang timbul.
Mulakan dengan bertemu EDC & IE Singapore dahulu dan dapatkan semua keterangan yang ada. Dari situ anda boleh mulakan perancangan anda.
Jika anda membaca blog saya dari luar negara Singapura dan anda ingin bekerjasama dengan syarikat ScreenBox, saya amat mengalu-alukan sebarang usahasama yang memanfaatkan kedua-dua pihak.
Untuk semua yang mengikuti blog saya ini, saya ucapkan anda meraih kejayaan pada tahun baru ini serta berbahagia selalu di samping keluarga.