Mengapa belajar menulis skrip televisyen?

Saya terima beberapa pertanyaan mengenai kursus Reel Scripting Programme yang telah kami lakarkan bagi tahun 2011. Sebenarnya sudah lama kami rancangkan untuk mengendalikan kursus ini.

Apa bezanya kursus ini dengan yang lain di pasaran?

Hanya satu: kursus ini mengajar anda mempelajari penulisan skrip TV BERKESAN.

Ramai yang mungkin dapat menghasilkan skrip rancangan TV tetapi bagaimanakah  caranya menulis skrip yang boleh mempengaruhi penonton sekaligus membuat ramai terpaku dengan isi kandungan rancangan TV. Apakah yang perlu ada dalam skrip rancangan TV seperti rancangan-rancangan 647km2, Makan Boomz!, Hanyut, Kau Istimewa & The Peddlers of Asia?

Setelah lebih sedekad kami menghasilkan rancangan-rancangan televisyen dan kami dapati ada beberapa “best practice”, ciri-ciri dan format yang harus ada dalam skrip TV yang bermutu. Itulah yang akan kami pimpin dalam kursus ini.

Mengapa hanya ambil 10 orang dalam satu intake?

Kursus penulisan skrip ini adalah sebuah program yang intensif. Jadi kami benar-benar ingin memberi perhatian yang sepenuhnya kepada setiap peserta. Jadi kami rasa sesuai jika hanya sepuluh peserta dalam satu intake.

Apakah yang boleh saya dapat setelah mengambil program ini?

Pertama, anda akan perolehi satu kemahiran yang unik dalam industri televisyen. Kedua, anda akan dapat meraih pengetahuan bagaimana skrip rancangan-rancangan bermutu ScreenBox dihasilkan. Dan yang paling penting sekali, dengan kemahiran dan ilmu ini, anda boleh mula mengorak langkah menjadi penulis skrip sepenuh masa (atau secara sambilan) yang berwibawa.

Oleh kerana semakin banyak rancangan TV yang diperlukan di rantau ini, pulangan yang akan anda raih di masa depan melebihi apa yang anda laburkan hari ini. Saya akan juga mengongsi bagaimana anda boleh menjadikan kemahiran ini satu sumber kewangan yang mantap.

Jika anda ada soalan-soalan lain, saya tidak keberatan untuk menjawabnya. Sila tinggalkan soalan anda di sini.

Salam dari Doha.