Ask for more responsibility... more pay will follow.

Bila anda bertemu boss anda dengan tujuan meminta gaji lebih, cuba tawarkan mendukung lebih banyak tanggungjawab dahulu. Janganlah masuk bilik boss terus tanya nak gaji lebih tanpa memberi sebarang sebab. Kerana semua boss suka mendengar pekerja yang sukakan tanggungjawab. Dengan sendirinya hatinya terbuka memberi gaji yang lebih.

Kerana ia lebih adil jika kita selarikan tanggungjawab dengan gaji. Kalau kita bandingkan, kenaikan gaji setiap tahun (yang mengikut tempoh anda berkhidmat) mungkin agak mendatar  - lebih kurang 10%. Ia jarang melonjak ke tahap yang kita inginkan.

Tetapi bayangkan bila kita tawarkan mengambil kerja tambahan sebanyak 30% - tidak ke adil meminta 30% gaji tambahan? Boss yang lokek pun mesti mula menimbangkan permintaan anda.

Cubalah.

Hanya mengongsi panduan ringkas kepada mereka yang ingin menjadi pekerja cemerlang.