Setiap kali saya ke Cannes, ada saja perkara baru yang saya pelajari.
Saya sudah berpeluang ke Cannes semenjak tahun 1997. Di MIPCOM inilah tempat kita menjual dan membeli rancangan TV & filem di arena antarabangsa. Penerbit juga 'menjual' konsep rancangan TV kepada stesen-stesen TV di serata dunia.
Tahun ini agak berbeza sedikit dari tahun-tahun yang sudah. Saya perhatikan:
- Semakin ramai pembeli dari barat yang mencari kandungan berbentuk Asia.
- Kandungan yang lebih senang dijual adalah kandungan berbentuk travelogue, lebih-lebih lagi jika ia ada unsur makanan atau masakan.
- Rancangan berbentuk Animasi sentiasa ada demand.
- Rancangan Melayu BOLEH diantarabangsakan. Ini sudah dilakukan pada tahun-tahun sudah dan ia terus boleh dilakukan pada masa-masa hadapan. Tetapi ada beberapa syarat yang harus dipatuhi sebelum ianya diterima masyarakat antarabangsa. Misalnya, temanya mesti universal. Ini mudah dicapai dalam rancangan informasi, dokumentari atau gaya hidup. Jadi jika anda sedang mengolah konsep rancangan Melayu, anda boleh fikirkan dari mula bagaimana ia juga boleh menarik tontonan luar negera. Konsepnya yang universal harus dibangunkan dari mula ia diterbitkan. Bagi genre drama, apa yang saya perhatikan adalah, jika ia diterbitkan dalam format High Definition, ia akan mula dapat perhatian. Tetapi kandungan juga mesti ada tema universal. Saya sudahpun berjumpa dengan pembeli drama Melayu dari luar nusantara yang mencari kandungan drama. Jadi tidak mustahil.
- One-off documentary berformat HD menjadi pilihan stesen TV antarabangsa.
Saya juga mendapat tahu bahawa ada penambahan peserta dari negara-negara seperti Malaysia, China, India, S. Korea, Turkey & Brazil. Kontingen dari Singapura juga meningkat dari 17 pada tahun lalu ke 22 tahun ini.
Tetapi ada penurunan peserta dari negara seperti Australia, Spain dan Canada.
Saya yakin bagi penerbit yang inginkan permulaan untuk mengantarabangsakan kandungan rancangan TV, mereka mesti menjadikan MIPCOM tempat mereka 'berdagang'.
Selamat maju jaya semua!
(PS: saya sempat ke Zurich tahun ini dan dapat melihat betapa cantiknya bumi Allah... galeri gambar di sini.