Salam Jumaat semua. Esok kami akan berangkat ke Madinah Al Munawarah. In shaa Allah.
Sejak musim Haji memang sukar nak dapat duduk di depan Kaabah begini. Hanya dapat masuk dengan mudah di antara waktu solat fardhu seperti waktu dhuha begini.
Dan bila sudah dapat masuk di sini, sukar pula rasanya nak tinggalkan pandangan Kaabah yang menjadi teman selagi kami ada di sini. Pasti akan rindu tanah suci ini nanti. 😍
Semoga mereka yang ingin ke sini untuk Haji/Umrah akan terkabul niatnya kelak. Aamiin. ❤️