Arwah Bapa Saya Seorang Pekebun

Arwah Bapa saya seorang pekebun. Sambil berkebun, beliau akan kerja ‘ngoteman’ (part-time) lain agar dapat membesarkan 15 orang anaknya.

Tak pernah mengeluh, walau sering berpeluh.

Tak pernah teriak atau melontarkan kata-kata kasar dengan Mak saya walau dalam keadaan hidup yang serba miskin lagi mencabar.

Lembut dengan anak-anak dalam apa jua keadaan.

Setiap Jumaat (atau hujung minggu) pasti bawa kami gunting rambut, berenang atau bersiar-siar. Bila anak-anak menghadapi peperiksaan, bapak tak akan tidur pada malam sebelumnya sehingga dia habis-habisan berdoa dan berzikir sepanjang malam untuk kami.

Ayah saya meninggal dunia sebelum melihat saya ke Universiti - pendidikan menjadi sesuatu yang beliau impikan untuk anak-anaknya.

Terima kasih Bapak kerana mengajar kami erti kerja keras dan menjadi suami yang bertanggungjawab.

Kepada bapaku, Mohamad bin Marang, semoga syurga menantimu. Aamiin. ❤️

Selamat hari bapa kepada semua bapa2 yang awesome di luar sana.

#selamatharibapa

Follow KedaiSujimy.com