“Anda boleh kaya! Dapatkan panduan jutawan-jutawan asia dalam versi ebook ini!”

Saya bangkit dari sebuah keluarga miskin untuk mencipta nama dalam industri media setempat dan antarabangsa. Alhamdulillah sejak menubuhkan syarikat penerbitan TV, ScreenBox Pte Ltd, pada 1999, saya dapat mencapai penjualan yang sangat memberangsangkan.

Tidak mustahil untuk menjadi kaya. Sesiapa saja boleh melakukannya. Anda hanya perlukan panduan, tumpuan dan kegigihan untuk mengejar impian. Lebih-lebih lagi jika panduan itu datang dari mereka yang sudah berjaya terlebih dahulu.

Kepintaran mereka berniaga dan menjana jaringan kenalan yang saling menguatkan cukup memberi sesiapa saja semangat untuk meneladaninya. Panduan-panduan yang dikongsi dalam buku ini tidak rumit untuk dicontohi malah ia mudah bagi kita amalkan dalam usaha kita setiap hari.

Ayuh, mari kita buat duit! Mulakan perjalanan anda hari ini. Hidupkan impian anda dan dapatkan rahsia kejayaan 10 jutawan Asia!

Setiap pembelian akan di tanda-tangani oleh Sujimy Mohamad. Dan harga yang terletak disini adalah di dalam SGD termasuk kos penghantaran.

SujimyEbook2.png

Antara barisan Jutawan Asia yang dipaparkan dalam buku ini

Vikrom Kromadit, 
utawan Thailand

Ismail Gafoor, tokoh hartanah dan jutawan Singapura

Datuk Siti Nurhaliza, ratu pop dan jutawan muda Malaysia

Kyi Hla Han, pemain golf profesional & jutawan Myanmar

Adam Khoo, pakar motivasi, usahawan & jutawan Singapura

Yeap Swee Chuan, jutawan asal Malaysia & Thailand


images.jpeg
 

Mengapa Perlu Kita Belajar Buat Duit dari
Jutawan-Jutawan Asia?

Semua para jutawan ada persamaan dalam pemikiran dan pendekatan mereka. Inilah yang membuat mereka lebih cenderung meraih kejayaan dalam usia yang muda lagi.

Dalam buku ini, saya mencungkil 10 perkara yang teramat penting dari semua jutawan-jutawan Asia agar kita dapat sama-sama memanfaatkan faedahnya. Jika anda ingin berjaya seperti seorang jutawan, anda mesti tahu ciri-ciri dan mengenali tabiat-tabiat jutawan supaya senang anda amalkan.


Petikan Jutawan

“Saya rasa ramai jutawan di luar sana yang tidak mempunyai ijazah. Kebanyakan jutawan menjadi jutawan bukan sebagai pekerja. Mereka tidak mempunyai kelayakan atau berpendidikan tinggi tetapi mereka mempunyai kelebihan berinteraksi dan bergaul atau EQ, mereka berfikir secara logik tapi kreatif, mereka sanggup mengambil risiko, melabur dan memulakan sesuatu. Mereka tidak semestinya berpendidikan tinggi.”

— Mohamed Ismail Abdul Gafoor, Tokoh Hartanah dan Jutawan Singapura.

“Selagi kita mempunyai tekad, cita-cita yang kuat dan sanggup berusaha gigih, kita boleh jadi apa juga yang kita inginkan, lebih dari seorang jutawan. Siti rasa mimpi dan impian boleh menjadi kenyataan jika kita berani dan jujur dalam apa yang kita lakukan.”

— Datuk Siti Nurhaliza, Ratu Pop dan Jutawan Muda Malaysia.

“Saya hanya berfikir secara positif, saya cuba sedaya upaya untuk melupakan perkara yang buruk, dan biar apa pun yang terjadi, saya cuba untuk tidak berfikir secara negatif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan, kerana walau anda tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang.”

— Masataka Tomozoe, Usahawan & Jutawan Jepun

quotes.jpg
 

Tawaran Hebat

File-Audio-icon.png

Jika anda membeli buku saya ini sekarang, saya akan memberi anda transkrip temubual penuh bersama Datuk Siti Nurhaliza semasa kami bertemu beliau dalam rancangan terbitan syarikat saya berjudul The Million-Makers.

Transkrip penuh ini cukup memberi anda gambaran bagaimana Datuk Siti berjaya menawan pasaran dengan sikap penuh rendah diri. Dan bagaimana beliau mengharungi cabaran sebagai penyanyi dan peniaga. Dan lebih penting lagi, bagaimana beliau menjana perjalanan menjadi seorang Jutawan Muda.

Transkrip ini tidak boleh dibeli di mana-mana dan saya sediakan PERCUMA bagi sesiapa yang melanggani buku saya secara online.


Setiap pembelian akan di tanda-tangani oleh Sujimy Mohamad. Dan harga yang terletak disini adalah di dalam USD termasuk kos penghantaran.


Akhir kata, saya ucapkan dan sekaligus mendoakan, agar anda berjaya mencapai impian anda!
— Sujimy Mohamad